MUSIC PLAYER

Jun 13, 2012

TAMAN BOTANI

WEHAAAAAAAAAAA!!!! I'M BACK :D

THE SISTERS, COUSINS AND ANAK JIRANSS
Cuaca yang indah pada pagi hari membuatkan aku terlonjak-lonjak gembira untuk mengisi masa senggang dengan aktiviti yang lebih bermanfaat. Oleh itu, aku mempelawa adik, sepupu dan anak jiran aku untuk memeriahkan aktiviti pada hari tersebut.

LET'S GO TO THE TAMAN BOTANI NEGARA, SHAH ALAM... CYCLING BABEH...

Setelah membeli tiket untuk semua, kami dan pengunjung yang lain berpusu-pusu ke tempat sewa basikal.

Harga tiket masuk (entrance fees) RM 3
Harga sewa basikal RM 7


So, this is the starting point.. semua nampak bersemangat... hahahaha... weeehaaaa!!! BAGUS BAGUS!


Keadaan jalan berbukit-bukau memudahkan pengayuh basikal untuk berbasikal.. tetapi agak meletihkan apabila kita perlu mengayuh untuk mendaki bukit.. everyone still got energy... Good good!

Kemudian, kami singgah di sebuah menara tinjau. Terdapat sebuah tasik dan pokok-pokok di hadapan menara tersebut. Selain itu, beberapa buah perahu untuk aktiviti berkayak juga kelihatan. Yang menjadi pertanyaan saya ialah kenapa perahu tu terbalik?????


Kami mengambil kesempatan untuk berehat sebentar setelah penat berkayuh.



* aku tak tahu la kenapa anak jiran aku ni sakai sangat.. >.<; 

Untuk ke destinasi seterusnya, perjalanan agak jauh.. Akhirnya kami tiba di sebuah perkampungan budaya. Tiada apa-apa yang menarik. Sebenarnya, jika ada seseorang yang mengendalikan tempat ini dengan baik, ini akan menjadi salah satu tempat tarikan pelamcong. Malangnya, tempat tersebut diabaikan.. 



Sesiapa yang ingin mengembara lebih jauh lagi, kamu boleh berkayuh sehingga ke sebuah tasik di atas bukit. Kedudukan tasik tersebut merupakan di hujung kawasan Taman Botani ini. Jauh dan jauh dan jauh ke dalam. Tidak ramai orang yang sanggup berkayuh jauh ke sana. Lazimnya, mereka akan menaiki kenderaan untuk memancing di kawasan tersebut.

oppsss, kita rehat dahulu yea...


yehaaaa.. sampai pun!!!


Waktu kami sampai terdapat sepasang.. hmm.. suami isteri? pasangan kekasih? entahlaa.. dekat situ juga.. rasa satu perasaan kekok la pulak... Kami hanya duduk selama 20 minit kemudia balik semula..  Perjalanan balik memang satu azab sebab naik bukit...

opssss, rehat kami rehat lagi..


di hadapan tempat rehat itu terdapat sebuah taman herba.. tak larat nak naik atas bukit tu dah.. lagipun, cuaca panas..


and we continue to cycle.... weeee... weeee... weee.... and we rest again! hehehehe


cuba lihat pada peta ini, banyak lagi tempat. Sudah terang lagi bersuluh, Taman Botani ini sangat besar..


ok, jom kita ke sebuah lagi tasik...


some pictures...


and we continue our journey... and we rest again! hahahahahaha...



weeeeeeeee............ and we continue the journey to... BUKIT SAPU TANGAN!


HERE WE GO!!!!!! WEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE.............


hahahaha.. dah namanya naik bukit.. tak cukup nafas nak mengayuh! masing-masing menuntun basikal! kahkahkah.....



akibat tidak selalu bersukan.. ok, mungkin tidak membuat senaman sebelum berbasikal.. makanya... kejang lah kaki! gelabah aku weyh.... tiba2 dia terjatuh.. nasib baik tak tergolek turun bukit.. dahlah Bukit Sapu Tangan ni jauh ke dalam...



kesian dia... nasib baik sekarang makin sihat.. hahahaha..

Di atas bukit itu, terdapat PUNCAK SENI..



manakala di kaki bukit pula..

 *TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA..

meh, tengok sikit muka-muka kegembiraan turun bukit..


HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHH!!!!!

sebelum pulang, kami singgah di sebuah tasik lagi.. hehehe.. berapa banyak tasik entah.. i also don't know!





 that's all! BYE BYE XD

XOXO
















Jun 3, 2012

TwTup LANGKAWI (XI)

AQUARIA

Sejujurnya, seronok lagi AQUARIA KLCC. Apa yang ada di dalam Aquaria Langkawi?


HARGA TIKET-MALAYSIAN, RM28




BIAWAK




BANGAU




KETAM WARNA




IKAN BERKAKI EMPAT




OBOR-OBOR




BELUT




BURUNG KAKAK TUA




PENGUIN BERJANGGUT




CACING





UDANG












XOXO 
:D

Jun 2, 2012

TwTup LANGKAWI (X)

Untuk bangun pada pagi hari di sebuah kawasan yang berdekatan dengan laut, memang agak meliatkan. Pagi-pagi lagi Ferdie sudah siap mandi lantas membeli SEBUNGKUS nasi lemak untuk mengisi kekosongan perutnya. Yea, saya dan Afiq sangat kenyang hanya dengan menghidu makanannya.

Seterusnya, kami bermandi-mandi di Pantai Chenang. Seronoknya apabila sinaran matahari yang lembut pada pagi hari terpancar terus ke kulit kita. Tidak seperti cuaca di tengah bandar-bandar kota. Di kota, sinaran matahari yang  terik pada pagi hari seolah-olah membakar kulit kita.

Ombak di Pantai Chenang amat kuat. Orang yang berbadan kecil dan berketinggian hanya 153cm seperti aku ini berkemungkinan besar hanyut dilambung ombak. Apatah lagi seorang yang fobia terhadap air laut seperti aku. Peristiwa hitam yang pernah aku alami sewaktu kecil membuatkan aku fobia untuk mandi di tengah-tengah pantai. Apatah lagi peristiwa yang sama berulang lagi beberapa tahun yang lepas. Semua ini memerlukan keberanian dan semangat yang tinggi untuk kembali bermandi-manda di tengah pantai yang alunan ombaknya umpama mahu membaham mangsanya.

Keaadan menjadi lebih gawat apabila ditarik ke tengah pantai dan ditinggalkan. Memandang ke arah ombak yang datang membuatkan perasaan gerun itu datang semula. Paras air laut pula hampir mencecah hidung. Air laut bertan-tan aku telan sehingga bersendawa. Bayangkanlah. Akhirnya aku duduk di tepi pantai keletihan. Kemudian, diikuti dengan kisah balas dendam. Pasir harus dimasukkan ke dalam poket mereka!! Sejahat mana pun ingin membalas dendam, aku tetap kalah. T.T Pasir berjaya dimasukkan ke dalam poket mereka. Manakala mereka juga berjaya mencuci rambut aku dengan pasir. Masakan pasir dibuat syampoo?  Baju yang hitam turut berlumuran pasir.

Matahari sudah terpacak di atas kepala. Panas.. Kelihatan beberapa orang pelancong asing masih lagi berjemuran di tengah-tengah panas. - SUN BATHING- Kalau kami bertiga sun bathing, hitam legam warna kulit yang sudah sedia hitam manis ini. Kami bertiga kembali ke tempat penginapan untuk daftar keluar dan rancangan hari ini ialah ke Gunung Mat Cincang.

CABLE CAR



Perjalanan dari tempat penginapan agak jauh. Mungkin kami tidah fasih dengan jalan di sekitar Langkawi, jadi aku berasa tempat itu jauh. Kami juga sesat untuk mencari jalan ke Gunung Mat Cincang. Tambahan pula, cuaca agak terik sewaktu kami tiba...



KAWASAN SEKITAR / KAKI GUNUNG MAT CINCANG

* Afiq dengan Ferdie ni sweet lah

Cuaca yang panas agak melesukan setelah kebanyakan tenaga habis ketika mandi-manda di pantai. Akhirnya sampai ke kaunter tiket!!



Dari bawah sewaktu membeli tiket tidak ramai orang. Namun demikian, apabila sampai di atas. PENUH.SESAK-SESAK.RAMAI.ORANG.


* rasanya kalau lepaskan tekanan angin busuk dari dalam perut pun tak tahu siapa.. hahahah

Akhirnya sampai giliran kami untuk naik kereta kabel. yehaaaaa!!! Permandangan dari atas sangat cantik. Dari atas, kita boleh lihat kehijauan hutan hujan tropika dan air terjun.  Sesiapa yang takut akan ketinggian atau mengalami masalah jantung tidak digalakkan untuk naik.



Setelah tiba di puncak gunung, cuaca menjadi dingin. Seronok sangat-sangat. Dari puncak gunung pula, kita dapat melihat kebiruan laut. Untuk melihat lebih dekat, mereka turut menyediakan teropong. :D







*kaki skodeng seantero dunia ^____^

Terdapat juga sebuah cafe yang menjual makanan dan minuman. Setelah menghabiskan setin minuman, kami turun ke bawah :D


that's all for this page! :D